Jom kumpul gold bar Habib Jewel

Assalamualaikum semua
Harinie 3 hari total lockdown 2021 yang bermula 1-14 Jun 2021. Disebabkan banyak masa lapang, saja usha gold bar keluaran habib jewel. 

Habib ada keluarkan gold wafer 0.2g RM118. Sesuai untuk dibuat sebagai simpanan dan pelaburan

Wafer emas 999 edisi terhad sempena Rantaian Kasih 2021. Rekaan yang bermakna &  sesuai dijadikan sebagai koleksi, pelaburan awal atau boleh diberi sebagai pengganti duit raya ✨

Reka bentuk wafer emas ini berinspirasikan hari raya dan didatangkan dengan 4 warna yang membawa maksud tersendiri seperti :
Biru - Masjid: solat di pagi raya Aidilfitri bersama keluarga

Jingga - Rumah Kampung: pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga
Ungu - Ketupat: Nikmati hidangan istimewa Hari Raya bersama keluarga

Merah jambu- Bunga Api: ahli keluarga meluangkan masa bermain bunga api bersama
WAFER EMAS RAYA 999 
RM118 setiap satu

Boleh beli dekat website habib jewel
Shopee lazada boleh cuma saya tengok harga agak tinggi berbanding website Habib

Plan saya nak beli untuk hadiah hari lahir mak dan abah saya. Kalau tak biasa dengan emas, harga 118 adalah murah tapi bila banding harga per gram agak mahal untuk 0.20 g. Sebab tu saya decide sebagai hadiah ringan, nampak murah tapi sebenarnya mahal 🤣 Doakan saya dapat gaji lagi masa bulan 10 dan 12 nanti. Amin. 

#HABIB #HABIBJewels #MyHABIBJewels #GiftOfHappiness #GoldWafer #GoldBar #Investment #PelaburanEmas #GoldInvestment #Emas999 #Gold999 #EdisiTerhad #PraRamadhan2021 #RantaianKasih2021 #SokongLokal

Comments

Popular Posts